KEHILANGAN...
Written on 9:07 AM by bobrouq
hujung minggu lps merupakan minggu kehilangan...secara berturutan kematian memanggil 2 orang yang rapat dengan aku dan keluarga...pertamanya aku kehilangan mak long pada tengah malam khamis kerana sakit tua.umur dia dah 72 tahun.mak long isteri abang mak...walaupun jarang berjumpa tp bila ada kenduri kendara selalu berjumpa..kami bersama di dapur kerana dia merupakan orang kepercayaan orang kampung utk jd lead chef...jenazah dia dikebumikan pagi jumaat...aku sempat menziarahi jenazah dan mengiringi ke kubur...aku kehilangan seorang guru masakan...
belum sempat tempoh berkabungku habis...tengah hari sabtu aku dikejutkan lagi dengan berita abang ipar aku meninggal kerana sakit kanser usus. masa balik kampung ziarah arwah mak long, aku sempat la jumpa abang ipar sebelum balik ke kl..kata-kata terakhir sebelum aku balik ialah jalan baik-baik...aku memang kurang rapat dengan arwah abang ipar dan jarang berbual dengan arwah...tetapi sepanjang 14 tahun berada dalam keluarga, arwah banyak membantu dan memberikan bantuan..dia la yang menghantar aku ketika memasuki MRSM..menguruskan kemasukan ke Matrikulasi UPM..bersama dia la aku belajar memasak western food...aku sama2 jual burger di hadapan sekolah jalan 3 bandar baru bangi semasa menunggu keputusan matrikulasi..semua ini berlaku sebelum aku ada sedikit selisih faham yang menyebabkan aku kurang berkomunikasi dengan arwah... walau kurang berkomunikasi, dia tetap abang ipar aku...the only 1...tiada lg abg ipar selepas arwah tiada... tp aku redha dgn pemergian arwah abang...aku sendiri dah x sanggup tgk penderitaan arwah menanggung sakit selama 4 tahun... apa yang aku fikirkan bagaimana nasib anak2 buah ku yg 4 org...mereka masih lg kecil....semoga ALLAH mencucuri roh mereka berdua.Amin
